Isterinya skadar berniaga nasi lemak dpn rumah, Alex Tajudin Tekad ubah Nasib Kluarga Juarai Mentor 2019

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Malam semalam telah berlangsungnya Konsert akhir Mentor Milenia 2019 di saluran TV3. Pada konsert tersebut, empat protege yang dibimbing oleh empat mentor telah pun membuat persembahan memukau dan juara juga telah diumumkan.

Para mentor yang bersaing membawa protege masing-masing adalah Hazama (Apex Tajudin), Stacy (Rika Riana), Black (Aedy Kama) dan Ernie Zakri (Daus Husny).

Budak Ganu menang Mentor Milenia 2019

Malam itu, Hazama dan Apex Tajudin telah menggondol gelaran juara dan sekali gus membawa pulang Rm100,000, trofi serta motosikal. Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, membawakan lagu Merisik Khabar dan Fantasia Bulan Madu duet bersama mentornya.

Menerusi Harian Metro, Apex menjelaskan bahawa dia benar-benar bersyukur berjaya memenangi Mentor Milenia 2019 kerana memang tekadnya untuk mengubah nasib keluarga memandangkan sebelum ini dia hanya seorang penyanyi jalanan dan isterinya sekadar berniaga nasi lemak di hadapan rumahnya di kampung.

Ditanya mengenai wang kemenangan, dia akan menunaikan hasrat untuk membawa keluarga menunaikan umrah serta membeli rumah untuk didiami isteri dan anaknya.

Dia juga merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan nasi lemak yang diusahakan bersama isteri.

“Saya benar-benar berharap kejayaan ini bakal mengubah nasib keluarga saya kepada lebih baik. Apalagi saya cuma seorang penyanyi jalanan dan isteri peniaga nasi lemak kecil-kecilan.”

Berkat kerja keras serta tunjuk ajar daripada Mentor, Apex Tajudin berjaya menggenggam gelaran juara sekali gus membawa hadiah utama pertandingan.

Selain daripada menerima hadiah tersebut, pemuda kelahiran Terengganu ini juga diberikan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir berserta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000, serta dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Komen warganet

Hazaman ni sbb die pilih bukan rupe..tapi suara padu .yang lain pilih Paras Rupa..sbb zmn ni Rupa boleh buat duit….hahahahaha terbaikk hazama kekal Kan mcm tu.insyllah

Dah mng 4 Kali Juara mingguan, suara sedap. Pembawakan lagu lain Dari yg lain, xikut sebiji mcm penyanyi asal Tu yg best Apex ni. Suara, bakat, keunikan perfecto ! Terbaik Hazama ! U are legend! Pasni kekalkan Hazama, yg lain boleh tukar kot.

Yg pntg jgn lupe dri ye.. Dunia glamor ni mcm2.. Moga kuat la harungi cabarannye.. Igt sape bersama awak semasa awk ada dibwh..

Tahniah buat apex tapi akk nak pesan jaga la isteri dan rumahtangga baik2 ,walaupon 18x sya1ton betina datg mengoda jg la tergugat iman dan nafsu nya igt yg ke 19x aura kebahagian milik isteri mu itu masyaAllah tak tergambar kebahagian itu ,semoga berjaga dn kekal rumahtangga hendak nya dunia hiburan ini hanya mimpi tetap kan hati milik isteri shj

Ttgu2 apek sebut nama isteri die..tp tkde..semoga ble bjaya nti jgn lupa kn isteri krn dsebalik kejayaan seorg suami,psti ada isteri yg sentiasa mnemani

Ini nasihat netijen k.. Kalau lah x sendu n berjaya nanti. Jgn lupa dgn anak bini jgn sebok nak kawen baru bagai mcm daie tu.. Igt lah pengorbanan isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *