“Jualan untk sehari penuh satu lori.. disebbkn Abam”. Tidak mahu bayaran, Stokis dedah jawapan mengejutkn Abam lepas bantu beliau

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

“KERANA dia, rezeki saya melimpah ruah. Atas nasihat dia juga, saya kini memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan perniagaan untuk anak-anak yatim,” kata seorang stokis peralatan sauna, Hamidah Husin, 55, mengenai pengalamannya bersama pelawak popular, Abam Bocey yang mennggal dunia Isnin lalu.

Hamidah berkata, dia menghubungi Abam tahun lalu bagi menawarkan produk jualannya untuk digunakan.

“Niat saya sebenarnya nak bantu dia dari segi kesihatan. Bukan nak mengharapkan dia drastik menjadi kurus atau sebagainya.

“Saya juga tiada pengalaman berurusan dengan artis dan hanya mencuba nasib dengan DM kepada Abam di Instagram.

“Saya amat terkejut apabila dia menjawab mesej saya dengan santai tanpa menunjukkan sikap sombong walaupun dia sangat popular,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hamidah, selepas berbincang, dia menghantar sendiri peralatan itu kepada Abam di rumahnya di Gombak.

“Memandangkan rumah Abam jauh ke dalam, dia jemput saya di tepi jalan besar dan saya berasa amat terharu.

“Sebaik peralatan itu sampai ke tangannya, Abam terus membukanya dan meminta pembantu peribadinya merakam video tanpa disuruh oleh saya.

“Saya nak bagi untuk kesihatan dia tanpa minta dia membuat ulasan. Lagipun produk itu boleh digunakan untuk ibunya juga kerana kebetulan ibunya tidak sihat,” katanya.

Hasmah berkata, selepas tiga hari dan dibuat suntingan, barulah Abam memuat naik video itu di Instagram dan mendapat reaksi hangat daripada pengguna.

“Bayangkan beratus ribu produk ini dapat dijual. Ejen semua beroleh pendapatan lima angka sebulan.

“Jualan untuk sehari penuh satu lori. Ia sesuatu yang amat mengejutkan dan menakjubkan bagi kami.

“Saya tak lupa menghubunginya bagi mengucapkan terima kasih. Jawapan ringkas daripadanya ialah ini rezeki bersama daripada Allah,” katanya.

Hamidah kemudian mahu membayar Abam atas perkhidmatannya itu, namun dia terkejut apabila pelawak dan pelakon popular itu menolaknya.

“Dia nasihatkan saya supaya gunakan bahagian yang sepatutnya diberikan kepadanya anak yatim.

“Hati saya memang tersentuh dengan nasihatnya. Sekarang dia sudah tiada tapi saya akan ingat pesanannya supaya sentiasa bersedekah ke rumah anak yatim supaya murah rezeki.

“Sejak berurusan dengan dia, barulah timbul keberanian untuk saya berhubung dengan artis lain. Dia juga banyak bantu pertemukan saya dengan artis lain,” katanya.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Jalan Gombak pada 7.15 pagi Isnin lalu selepas mengadu demam dan sakit kepala selama dua hari.

Ketika hayatnya, Abam dikenali rajin membantu golongan anak-anak yatim, menampung persekolahan anak-anak golongan miskin serta mengutamakan kebahagiaan ibu serta adik-beradiknya.

Artikel berkaitan: “Disebabkan Abam, rezeki datang dengan cara macam ni” – Pelukis terkilan karikatur Bocey ‘disebat’ sesuka hati… Tok Ti ‘level lain’ pun bagi kredit!

PEMERGIAN pelawak Abam yang juga anggota kumpulan Bocey ternyata mengundang hiba dalam kalangan rakyat negara ini.

Tidak terkecuali, pelukis Mohamad Ikhsan Kamarudin atau Ise, 35, turut bersedih atas pemergian itu sehingga memberi inspirasi untuk dirinya menghasilkan karikatur khas buat kumpulan pelawak berkenaan.

Namun timbul pula kisah kurang enak apabila karya berkenaan dicuri dan digunakan tanpa kebenaran oleh individu di Twitter.

Lebih teruk, individu itu bukan sahaja tidak memberikan kredit kepada pengkarya asal, malah dia turut membuang nama @Artortoise yang digunakan Ise dalam karikatur tersebut.

Bercerita kepada mStar, dia mengakui agak terkilan dengan sikap ego individu berkenaan biarpun sudah ditegur oleh ramai netizen di laman Twitter.

“Sebenarnya perkara macam ni dah lama terjadi. Pasal karikatur tu pula, sebab Abam ni special… jadi saya terdetik untuk buat karikatur selepas dapat berita kem4tiannya.

“Kami pernah lukis gambar Abam sebelum ni. Dia selalu like dan komen di Instagram kami. Dia sokong kami dengan cara begitu.

“Pasal individu di Twitter tu, dia siap block kami. Saya pun terkejut. Bukannya saya minta dia minta maaf pun, cuma nak dia sedar ini bukan benda remeh,” ujar Ise.

Selain karikatur Abam, satu lagi karikatur melibatkan para pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang dihasilkannya turut mendapat perhatian ramai.

Kalau boleh, janganlah curi karya orang. Jangan tiru, tapi ambil inspirasi, jadikan sebagai rujukan tak apa. MOHAMAD IKHSAN KAMARUDIN, PELUKIS/PENGARAH KREATIF

Ia susulan karya seni itu dikongsi oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram pada Selasa.

“Datuk Siti ni dah level lain. Tak sangka dia repost, siap bagi kredit lagi. Bukan senang nak dapat macam ni.

“Memang terkejut dan gembira. Followers juga bertambah selepas saya hasilkan karikatur Abam dan Datuk Siti.

“Disebabkan Abam, rezeki datang dengan cara macam ni. Begitu juga Datuk Siti, rasa berbaloi perjuangan kami dalam bidang seni lukisan,” katanya lagi.

Menurut anak kelahiran Kelantan yang hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang kreatif itu, dia turut memberi nasihat kepada orang di luar sana agar lebih menghargai karya anak seni.

Ujarnya, banyak perbuatan plagiat dan ciplak terbongkar pada hari ini dengan bantuan netizen yang peka dan prihatin.

“Kalau boleh, janganlah curi karya orang. Jangan tiru, tapi ambil inspirasi, jadikan sebagai rujukan tak apa.

“Kena hati-hati dalam menciplak idea, sebab sekarang ni cepat je orang buat research. Orang Malaysia memang laju. Hargailah seniman Malaysia,” ujarnya yang turut bekerja sebagai pengarah kreatif di sebuah syarikat swasta.

Dalam pasukannya di Artortoise, Ise turut disertai dua lagi pengkarya iaitu Iwe dan Sara. Selain karikatur digital, mereka turut menghasilkan pelbagai ilustrasi dan kerja grafik. Sumber mstar

Komen warganet

Aku sangat minat dengan Abam sejak dari Bintang mencari bintang lagi.. Abam sangat merendah diri dan kata2 dia sentiasa bersahaja. Al fatihah Abam. Tiada pengganti yang serupa macam kau Abam… Kau satu dalam sejuta permata yang hilang..

Aku yg takde kena mngena dgn Almarhum Abam ni pun mcam nk berderai air mata bila on fb tgok gambar Abam..Allahuakhbar rindu dengar suara Abam..part yg aku tk boleh tahan gelak yg ML Abam jadi Paskal tu. Alfatihah..buat Almarhum Syed Omar Mokhtar@ Abam.

Mulianya hatimu abam… Allah dh xsabar nk jumpa dgn kau sbb tu Allah ambik kau di usia muda… Bahagialah kau abam di taman syurga… semoga kita semua dpt mncontohi abam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *