Komen Acey bila kata ada wanita bwk anak Merayu nak Ziarah Arwh Abam jam 10:30 mlm

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

BUKAN seorang, tetapi ramai yang menerima sumbangan daripada arwah Abam.

Pendedahan itu diberikan rakan rapat kepada arwah Abam, Achey yang mengetahui sifat mulia rakannya itu yang kerap bersedekah dan membantu orang memerlukan.

Achey mengulas mengenai tular di media sosial mengenai kedatangan dua beranak ke pusara Abam selepas selesai bacaan talkin yang kemudian mendedahkan arwh menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya selama ini.

Achey berkata, arwh Abam pernah bercerita mengenai apa yang dilakukan termasuk sedekah kepada dua rumah anak yatim di Gombak setiap kali menerima imbuhan gajinya.

“Banyak wang hasil pertandingan mahupun gajinya, dia akan berikan kepada ibu serta adik beradiknya manakala selebihnya digunakan untuk membantu mereka memerlukan.

“Rezeki dia dapat sama ada sikit atau banyak akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Jadi saya tidak hairan mungkin wanita berkenaan salah seorang penerima sedekah arwah Abam,” katanya kepada Harian Metro.

Achey berkata, dia mahupun Fad tidak pernah mengenali individu dibantu arwah tetapi mengetahui tentangnya.

“Hanya arwh dan individu berkenaan saja mengetahuinya, kami rakan rapat arwh pun tidak tahu siapa yang menerima sumbangan berkenaan.

“Semoga kebaikan Abam ini menjadi ikutan dan contoh kepada rakan artis lain serta masyarakat,” katanya

Artikel berkaitan: “Dia yang menampung persekolahan anak saya”

“TOLONGLAH pakcik, saya nak masuk tengok kubur arwah Abam.

“Selama ini dia yang menampung persekolahan anak saya,” demikian rayuan seorang wanita kepada penggali kubur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51, supaya membenarkan dia melawat pusara pelawak terkenal, Abam Bocey, malam semalam.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak pada jam 7.15 pagi semalam selepas mengalami demam selama dua hari.

Menurut Khairuddin, dia didatangi wanita berusia lingkungan 40-an bersama anak perempuannya berusia belasan tahun yang menunggang motosikal kira-kira jam 8 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

“Selesai bacaan talkin, saya memberi masa 10 minit kepada waris dan rakan untuk berada di pusara arwah Abam sebelum menutup lampu dan meminta sesiapa yang ingin melawat kubur arwah supaya datang pagi esok (hari ini).

“Selepas menutup semua lampu dan pintu pagar, saya didatangi seorang wanita dan anaknya yang merayu supaya membenarkan mereka menziarahi pusara Abam,” katanya.

Khairuddin berkata, rayuan wanita itu meruntun hatinya walaupun pada mulanya dia meminta mereka supaya datang semula melawat keesokan pagi.

“Tetapi wanita berkenaan tetap merayu supaya saya membenarkannya masuk walaupun sekejap. Saya memberitahu wanita ini supaya datanglah esok, kubur ini sampai kiamat ada.

“Tetapi dia berkeras untuk masuk sebelum saya membenarkan dan menunjukkan kubur arwah,” katanya.

Menurutnya, dia menunjukkan jalan ke kubur arwah Abam sebelum menemani dua beranak terbabit berikutan keadaan ketika itu sudah gelap.

“Wanita itu mengambil masa 20 minit di pusara Abam dan saya dapat melihat kesedihannya yang ketika itu sedang berdoa.

“Selesai melawat pusara, saya bertanyakan apa hubungan arwah dengannya dan dia menceritakan dia bukan waris kepada Abam tetapi mengakui dia dan anak-anak banyak menerima sumbangan daripada arwh, malah Abam yang menyekolahkan anak dan menampung keluarganya,” katanya.

Menurutnya, dia terus terdiam dan sebak mendengar cerita wanita itu dan terdetik dalam hatinya siapa lagi yang dibantu arwah sepanjang hayatnya.

“Selepas itu wanita berkenaan terus pulang dan saya tidak sempat mengambil nombor telefon atau maklumat lain. Pagi tadi (hari ini) saya menunggu kedatangan wanita berkenaan di kubur tetapi tiada,” katanya.

Sementara itu, penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek turut menceritakan kebaikan arwah Abam yang ketika hayatnya suka bersedekah, mendekati ilmuan agama dan taat kepada ibunya.

“Banyak pengajaran dapat diambil daripada kem4tian tiga pelawak terkenal tanah air iaitu arwah Abam, Mr Os dan Pak Yus.

“Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.

“Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jenazah untuk arwh Mr Os, saya menguruskan jenazah dia sangat mudah dan begitu juga arwah Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.

“Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.

“Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arwah Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.

Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, sepanjang menguruskan jenazh arwh Abam, banyak kisah kebaikan yang didengari mengenai arwh.

“Arwh Abam dikatakan anak yang cukup taat pada ibunya dan selalu bantu adiknya.

“Lautan manusia memenuhi segenap penjuru Masjid Gombak Utara sedangkan Abam Bocey bukan seorang ulama atau tokoh politik disegani ramai.

“Arwah hanyalah seorang penghibur yang berjaya mendapat tempat di hati kita semua.

“Paling mengharukan di sebelah rumah arwah, ada sebuah madrasah tahfiz dan arwah dikatakan antara penyumbang tegar madrasah dan masjid di situ.

“Ketika saya mewudukkan jenzah arwh, kelihatan seri di wajahnya. Allahuakbar. Sungguh hebat insan ‘biasa-biasa’ ini,” katanya.

Menurutnya, solat jenazah Abam juga dihadiri ramai ulama dan asatizah serta sepanjang hari cuaca mendung sejak pagi seolah hari hendak hujan dan mentari tidak menampakkan cahayanya.

Artikel berkaitan: Arwah Abam ‘bersih’ cerita buruk – Jihan Muse

“PEMERGIAN Abam mengingatkan kita mengenai kematian yang tidak mengira waktu. Rezeki Abam menghadap Ilahi dalam keadaan yang tenang,” kata pelawak dan pengacara Jihan Muse yang menganggap kematian pelawak Abam sangat dicemburui berikutan arwh seorang yang sangat baik.

Jihan berkata, melihat pemergian Abam yang begitu mudah serta kehadiran ribuan jemaah untuk solat jenazah adalah sesuatu yang tidak boleh dirancang.

“Siapa yang tak nak pergi dalam keadaan tidur dan masjid dipenuhi dengan lautan manusia untuk mengiringi jenzah Abam hingga ke perjalanan terakhirnya.

“Semua itu tidak boleh dirancang. Saya tidak boleh nak cakap diri saya baik dan mendapat pengakhiran yang begitu. Namun, apa yang berlaku mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik dengan orang.

“Abam seorang insan yang berhati mulia. Ramai yang menyayanginya dan saya tiada masalah langsung dengannya. Malah, kita juga tak pernah dengar cerita buruk tentang dia selama ini,” katanya.

Menurut Jihan, pemergian Abam sesuatu yang amat mengejutkan apabila satu demi satu orang terdekat dengannya menghadap Ilahi.

“Saya tak sempat nak habis sedih dengan kehilangan beberapa orang hebat dalam industri seni yang saya kenali rapat seperti Din Beramboi, Pak Yus, Abg Pitt Hamzah serta Lok U.

“Dan, semalam dikejutkan pula dengan berita arwah Abam meninggal dunia. Saya seakan ‘bingung’ adakah benar berita yang saya terima ini? Semuanya, saya rapat dan pernah bekerjasama sekali,” katanya.

Tambah Jihan, lebih membuatkan dia pilu dengan pemergian Abam apabila mengenangkan nasib anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

“Apa yang membuatkan saya lebih pilu, ketika memikirkan anak dia. Bila dah jadi mak kita faham macam mana anak itu bila membesar nanti.

“Tak sempat nak mengenali ayahnya dan apakah dia ingat wajah ayahnya? Itu yang paling sedih,”katanya.

Artikel berkaitan; Tak sempat tatap jenzah, Fad cium baju arwah Abam setibanya di tanah air

Setelah hampir 30 jam jenazah pelawak popular Abam Bocey disemadikan, rakan seperjuangan Fad akhirnya tiba di tanah air tengah malam tadi.

Ketibaan Fad atau nama penuhnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam yang penuh syahdu disambut seorang lagi tunggak utama kumpulan Bocey iaitu Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Alhamdulillah selamat sampai. Aku terbayang kau pun ada Abam dalam pelukan tu. Allah, kita kena kuat ye Achey.. dapat semangat aku balik,” tulisnya.

Lebih meruntun jiwa apabila baju t-shirt peninggalan Abam turut dibawa ke KLIA setelah Fad tidak sempat menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir kerana bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun.

“Dar4h, nafas, jantung aku kembali bergerak tenang… sayap kiri dan kanan Bocey terasa mula bergerak perlahan semula… itu yang kami ada buat masa ni,” ujar Achey.

Beberapa keping gambar tersebut mengundang sebak pengikut di laman Instagram yang kebanyakan memberi kata-kata semangat agar mereka bangkit semula demi arwah dan kumpulan Bocey.

Komen warganet

Tiga amalan yg akan kekal hingga hari kiamat setelah kita mati iaitu 1.sedekah jariah 2.Ilmu yg Bermanfaat 3.Doa dr Anak soleh..

buatla kebaikan . ade kebaikan yang akan membawa kita ke syurga. mungkin sedekah,mungkin amik smpah di tempat lalu lalang,mungkin belanja kawan makan,mungkin bgi kucing makan dan lain2 hanya allah yg mengetahui. teruskan buat kebaikan.insyallah

Tak pernah menunjuk2 kemewahan ,rmh ,kereta Dan percutian cukup sederhana hidupnya..lebih pentingkan keluarga Dan bersedekah dlm diam..semoga arwh menjadi contoh pada artis2 atau sesiapa aja yg tgh senang Dan mewah dlm kehidupan.

Kenapa arwh suka bersedekah? Sy rasa salah satu sb ialah..kerana arwah pernah hidup susah..hanya org yg pernah merasa peritnya hidup akan fhm keperitan hidup org lain..pertama kali dlm hidup sy merasa sedih dn trkesan dgn kehilangan artis…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *