Nora Ariffin dedah laporn bedah siasat punca kemat1ian anaknya Alif Johan

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

PENYANYI Nora Ariffin mendedahkan hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan pada pagi Ahad tidak menunjukkan sebarang tanda yang dikenalpasti menjadi punca kem4tian anaknya, Alif Johan.

Menurut Nora, dia berpuas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan pihak hospital meskipun tidak bersetuju untuk melakukan bedah siasat terhadap anak keduanya itu.

“Saya berpuas hati dengan keputusan bedah siasat kerana tiada tanda-tanda abnormal.

“Kalau ikutkan saya tak nak buat postmoterm itu. Tetapi disebabkan dia masih muda jadi kebarangkalian itu macam-macam, saya takut kalau dia ada makan apa-apa ubat, akhirnya saya ikut prosedur polis dan keputusan keluarga. Kalau ikutkan keputusan postmoterm itu tertulis pending investigation.

“Tiada ibu yang sangka anak umur 20 tahun akan men1nggal. Saya tak pernah jangkakan,” ujarnya kepada mStar.

Pada Sabtu, anak keduanya Nora iaitu Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah ketika berada di kediamannya.

Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya pada petang Ahad.

Dalam pada itu, kata Nora, doktor ada memaklumkan bahawa jantung arwah sedikit besar namun tidak pasti jika kegagalan jantung adalah punca kemat1an anaknya itu.

Tambahnya, pihak hospital turut memberitahu arwa
h juga tidak terlibat dengan pengambilan ubat-ubatan atau bahan terlarang.

“Mengikut keputusan doktor beritahu tiada apa-apa yang pelik atau diluar normal. Saluran darah dia okay cuma jantung dia ada kemungkinan bengkak sebab ada besar sikit.

“Malah arw4h juga bersih dari sebarang ubat-ubatan atau pengambilan bahan terlarang atau apa-apa bahan yang terlarang,” katanya.

Tambah Nora, anaknya itu juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Subang untuk ke Singapura.

Bagaimanapun, pembantu rumah memaklumkan anaknya itu tiba-tiba rebah sewaktu mahu baring.

“Tiada perubahan apa-apa, dia salam macam biasa kemudian bila saya sampai di Singapura, pembantu rumah call beritahu Alif tak sedarkan diri.

“Dia nak baring di sofa kemudian jatuh dan bila cuba kejutkan dia sudah tiada,” katanya.

Untuk rekod, Alif sebelum ini pernah menjalani bariatric surgery atau pembedahan ‘mengikat perut’ merupakan salah satu pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap berat badan yang melampau (obesiti) mencapai berat badan ideal.

Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.

Komen warganet

Arwh masih muda nk buat operation kurus tu…apa2 pun dh dh ajal kan..semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman..dan takziah buat keluarga kak nora..

kalau Allah nak jemput dia akan jemput juga kita tak boleh halang kehendak Allah Al fatihah redha dgn perancangan Allah setiap yg hidup pasti mti

Cardiac arrest. Mungkin sebab terlampau penat bekerja. Ditambah dgn gaya makan dn lifestyle yg x sihat. Cthnya kurang ikut pemakanan sihat dan tidak bersenam.

Too young to hv undergone such procedure.. asbab Allah dah tetap kan kadar hidup mati makhluk. Takziah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *