“Orang takmau Saad, tapi 0pah tetap jaga…” dibuang ibu sbb dilahirkan Berkulit hitam, Ini luahan Opah Penjaga Saad

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Setiap anak yang lahir adalah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan, tidak kiralah bagaimana pun datangnya. Menjadi satu tanggungjawab kepada ibu bapa untuk menjaga amanah yang telah diberikan.

Namun, buat seorang bayi lelaki ini, dia lahir dalam keadaan yang tidak diingini kedua orang tuanya. Maka, anak yang tidak berdosa ini dibiarkan menempuh takdir hidupnya sendiri.

Meskipun tidak diterima oleh keluarganya sendiri, masih ada pihak yang sudi memberikan kasih sayang kepada bayi ini. Kini bayi itu diberi nama sebagai Saad Abi Waqas.

Orang taknak Saad, tapi opah tetap terima
Dia dijaga oleh satu badan kebajikan, iaitu Baitus Solehah. Penjaga yang digelar sebagai opah, merima Saad dengan hati terbuka dan sehingga masih mahu menyerahkannya kepada orang lain.

“Orang tak nak Saad, opah terima Saad. Opah jaga Saad dengan kasih sayang. Opah tak lempar Saad pada orang lain. Opah belum bersedia untuk menyerahkan Saad kepada sesiapa…”

Kalau kulit cerah, comel mesti mereka ambil Saad semula

Menerusi muat naik di Facebook badan kebajikan tersebut, memaklumkan pihak mereka faham mengapa keluarga bayi ini meminggirkannya, mungkin kerana Saad berkulit gelap dan tidak secomel bayi lain.

“Opah faham kenapa ibu dan keluarga kandung tinggalkan Saad. Kalau Saad tu comel, kulit cerah, hensem tentu mereka datang semula untuk jaga Saad…”

Ada apa pada warna kulit
Simpati dengan nasib Saad, rata-rata netizen menyifatkan tindakan keluarga bayi ini adalah sangat tidak wajar. Kerana bukan fizikal yang menjadi ukuran, sebaliknya budi pekerti yang akan ditengok kelak.

Komen warganet

Takpa saad. Warna kulit bukan segalanya. Bilal bin rabah pun gelap tapi dia ahli syurga. Abang black mentor tu. Pun berjaya berduit. Handsome jee. Yang penting membesar jadi orang berguna dan orang baik baik. In sha allah semua sayang Saad. #kitabaikorangsayang

Allahu Akbar.ada jgk ibu yg brperasaan mcmni..anak tuuu…sakit melahirkan tuu msih terasa…sanggup buang ank!!! Manusia apa ni… adehhhhhh Hilang rasa kasih sayang sbgai ibu… huhuhuk. Semoga anakanda Saad membesar mnjadi anak yg soleh.. berjaya di dunia serta di akhirat… aamiinn Carilh ibumu nnti…ibu tetap ibu ye Saad, walaupun dia telah membuang Saad.. Allahkan ada…Allah Maha Mengetahui segalanya.

semua baby dilahirkan comel.cerah ke gelap babybyg dilahirkan tu suci tanpa secalit dosa.rugi ibumu saad.kerana abaikan amanah yg Allah beri dalam rahim dia ni.semoga dilindungi Allah selalu buatmu wahai anak.aamin

Biar hitam paras rupa tp jgn hati hitam. InshsAllah dh bsr nnt hensem adik ni. Manis rupanya ni. Mak ayah dia tak reti bsersyukur dpt anak yg sihat walafiat. Setakat masalah kulit gelap, tu mcm xde msalah pun.

Ibu yang tak bersyukur orang yang buang saad…Ramai lagi orang yang inginkan zuriat..kenapa si ibu dah dapat tapi tak bersyukr..Semoga saad membesar jadi ank yang soleh..berbakti pada ibu ayh…#anakamanahAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *