“Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusuf..” Alif Satar dedah rasia amalan bapa saudaranya semasa hidup

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Siapa tak kenal dengan penyanyi 80an, Datuk Nassier Wahab yang bersuara lunak dan sentiasa mencuri tumpuan peminat dek kerana sentiasa kelihatan awet muda dan kekacakkannya tak di mamah usia.

Nassier juga merupakan antara selebriti yang terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal beliau yang memukau. Antara penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail dan Jamal Abdillah.

Kalau korang nak awet muda macam Datuk Nassier ni mungkin boleh cuba tip yang dikongsikan oleh beliau ini.

Nassier juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan. Mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca Surah Yusuf.

Terkini,perkara itu diakui sendiri oleh anak saudaranya yang juga penyanyi Alif Satar, memuatnaik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak. Dalam al-Quran sebelum ini ada menyebut Surah Yusuf mempunyai rahsia untuk menaikkan seri wajah dan awet muda.

“Ini bapa saudara saya @nassierwahab. Di sebelah kiri itu dia sedang bermain keyboard milik ayah di rumah lama saya pada 20 tahun lalu dan saya tersenyum hingga telinga.

“Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusuf dan itu menjelaskan kenapa dia sentiasa kelihatan kacak.

“Sudah tentu salah seorang wira muzik saya ketika membesar. Terima kasih pak cik Nassier!” tulis Alif menerusi Instagram miliknya.

Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini.

Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah. Penyanyi lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ itu juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.

Nassier yang pernah popular dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta dan Bayangan Wajah Duka adalah antara penyanyi yang sentiasa mendapat perhatian ramai kerana dikurniakan wajah kacak dan tidak dimamah usia.

Selain menjalani rutin pemeriksaan kesihatan setiap tiga bulan, Nassier juga mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat untuk memastikan dirinya sentiasa bertenaga sebagai penghibur.

Jadi kalau nak awet muda macam Nassier Wahab mungkin korang boleh cuba amalkan surah Yusuf ni kan. Selamat mencuba! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Artikel berkaitan: “Arwah Sangat Merendah Diri, Baik & Sopan Tutur Bahasanya,”- Tok Ti Imbau Momen Dengan Allahyarham Nassier Wahab

Industri dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian penyanyi, Dato’ Nassier Wahab yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Menerusi akaun Instagram milik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti, penghibur itu meluahkan rasa sedih atas kehilangan penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka itu.

Menerusi Instagram, Tok Ti turut mengimbau kembali kenangan ketika bersama dengan arwah.

“Gambar ini saya rakamkan pada tanggal 25 April 2017. Antara kenangan terakhir saya bertemu arwah.

“Arwah seorang yang sangat merendah diri, baik& sopan tutur bahasanya.

“Semoga arwah di tempatkan bersama sama insan soleh di sana, amin.

“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.

“Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.

“Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka,” tulisnya panjang lebar.

Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Nassier Wahab.

Selain Tok Ti, ramai lagi golongan selebriti yang turut sedekahkan Al-Fatihah serta dedikasi buat permata seni yang telah pergi buat selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *