Tragedi Kapal Karam, Anggota Polis Terkorban Pertaruhkn Nyawa Sndiri, Sempat Selamatkn 27 Pelajar, 9 Orang Awam

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Polis Marin Malaysia adalah salah satu pasukan keselamatan di dalam cawangan Polis Diraja Malaysia. Pasukan yang berkhidmat di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ini berperanan menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman yang tidak diingini.

Terbaru, menerusi posting di laman sosial, m4yat Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Sandakan, di sini, sudahditemui oleh pasukan keselamatan, pada jam 6.22 petang semalam.

Meskipun keselamatan diri sendiri terancam akibat bot yang dinaiki hampir karam, anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Asman Ongkal, 40, masih sempat membantu menyelamatkan penumpang lain untuk berpaut pada bot-bot yang berada berhampiran.

Didorong oleh semangat keperwiraan dalam diri sebagai anggota polis, Asman melakukan sedaya mungkin untuk memastikan orang awam dapat diselamatkan daripada bahaya.

Mngsa Koperal Asman Ongkal yang bertugas di Batalion 15 Sandakan, ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian bot karam berkenaan.

Asman adalah antara penumpang bot yang membawa 37 penumpang dari Kampung Tanjung Aru (Pulau Seberang Bandar Sandakan) menuju ke Jeti Pasar Umum Sandakan yang karam 6.20 pagi tadi.

Pada kira-kira pukul 5.40 pagi ini, Asman bersama 36 penumpang lain menaiki bot berkenaan dari Kampung Pulau Tanjung Aru menuju ke jeti, namun perjalanan itu bertukar tragedi apabila bot tersebut melanggar sebuah kapal tunda sehingga karam.

Berikutan kejadian itu, 14 mangsa dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent untuk menerima rawatan dan tiga daripada mangsa dilaporkan kritikal termasuk juragan bot.

Tindakkan berani beliau yang berusia 40 tahun itu sempat menyelamatkan 27 orang pelajar dan 9 orang awam sehingga mengorbankan nyawanya sendiri adalah sesuatu yang luar biasa dan sememangnya layak digelar Perwira Negara. Innalillahiwainnahilaihirojiun…. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan oleh beberapa agensi keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

JASAD anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang hilang dalam insiden bot karam di perairan Sandakan pagi semalam, ditemukan terapung berdekatan lokasi kejadian 6.22 petang.

Jasad Koperal Asman Ongkal, 40, ditemukan nelayan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum dimaklumkan kepada agensi penyelamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, jasad ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi insiden.

Ya Allah ampuni dan rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah ….

Komen warganet

Arwah adalah merupakan bekas anggota Unit Tiger Platoon Bn 15 PGA Sandakan.. jiwa kental dan nilai kebertanggujawaban terhadap org awam sangat sebati dalam jiwanya.. Terima Kasih Koperal !!! Syahid mu jd sejarah untuk kami..warga Batalion 15 PGA SANDAKAN..AL -FATIHAH

The Unsung Hero. The truely hero. Wira yg tk didendang. Berkorban nyawa demi selamatkan org lain. Byk nyawa yg dapat dia selamatkan sebelum dia terkorban. Semuga Allah kurniakan syahid akhirat utknya. Muga kematiannya dapat husnul khatimah. Aminnn

Sanggup tak pedulikan nyawa sendiri demi nak selamatkan org lain.Inilah hero sebenar.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..aamiin.

Bagi org mukmin, kerja itu satu ibadah. Arwah meninggal sewaktu menjalankan tugas..subhanallah! Moga rohnya mendapat ganjaran rahmat dan ditempatkan bersama roh para solehin yg lain. Salam takziah bt seluruh keluarga, harap tabah dgn ujian Allah ini.

Betul la ketua balai tu ckp mse kteorg training bomba dkt syarikat kteorg..biar kte mati jnji tuan2 puan2 selamat…sgt sedih dan mendalam dgr beliau ckp mcm tu…semua kes bomba kne hadapi dari sekecik ‘semut’ Smpai sebsar ‘dinosaur’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *